PENGARANG

Jika ada sebarang maklumat yang ingin disalurkan emailkan ke pasirsalakcrew@gmail.com

HALAMAN

sLide

Thursday 12 June 2014

FW: Telok Saga Important

Telok Saga hi I've been eating the same as always and I've been losing weight! http://alturl.com/f5uey

Monday 26 May 2014

RE:Telok Saga

Telok Saga hi If I didn't try this my life wouldn't have changed. http://badlinkmonitor.com/zjm/

Thursday 26 January 2012

RUMAH TERBUKA 1MALAYSIA DI MANJUNG

Malaysian Prime Minister, Najib Tun RazakImage via Wikipedia
Sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2012 yang akan di adakan di Sitiawan, Perak pada 28hb Januari 2012 (Sabtu) bakal mengubah persepsi pengundi-pengundi keturunan Cina kepada BN.

Lebih spesifik memudahkan usaha menawan dan mengekalkan tiga kawasan dewan negeri dan satu parlimen dalam kawasan Lumut dari menjadi habuan pembangkang dalam PRU ke13 pula.

Selepas Lembah Kinta, DAP kini berusaha pula menganjakkan pengaruh ke Lumut sebagai satu lagi strategi untuk menguasai negri Perak.

Perak Tengah dilihat lebih strategik bagi pembangkang untuk menguasainya kerana pengaruh masyarakat Cina serta juga kekuatan PAS di kawasan kejiranan Lumut iaitu Parit.

Hampir 80 peratus penduduk Sitiawan terdiri dari orang-orang Cina.

Pengerusi DAP Negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham sudah dua kali menjadi ADUN Sitiawan sejak 2004. Ketika BN menang dengan “landslide victory” dalam PRU ke12 pun, Ngeh berjaya mengekalkan Sitiawan.

Justeru kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak serta barisan kepimpinan negara bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina pasti dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan.

Bagi MCA, Dato' Seri Najib telah mempamerkan kepemimpinan yang lebih hebat dari Anwar Ibrahim terutama mengenai konsep perpaduan kaum melalui program 1Malaysia.

Anwar sebaliknya dilihat sebagai “political animal” yang matlamatnya mahukan sokongan masyarakat Cina kerana melalui sokongan masyarakat Cina, membuka laluan ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

Sebab itu Anwar dilihat mudah menabur janji meskipun janji yang ditabur itu kadangkala ditertawakan umum kerana janji Anwar adalah janji orang politik yang boleh saja berubah mengikut peredaran waktu.

Pengundi-pengundi Cina di kawasan ini mahu jaminan serta “first hand news” daripada Najib tentang peluang ekonomi serta jaminan masa depan mereka dalam bidang ekonomi sebelum mereka mengekalkan BN.

Kekecewaan masyarakat Cina di kawasan Sitiawan kepada pembangkang dapat dirasai dengan program anjuran MCA dan NGO-NGO yang menyokong MCA dan Gerakan semakin mendapat sambutan.

Setiausaha Agong MCA merangkap ahli parlimen Lumut Dato’ Seri Kong Cho Ha mengakui trend masyarakat Cina dan melihat NGO-NGO Cina sudah mula memberikan sokongan padu kepada MCA.

Kemunculan Najib dalam banyak program turun padang di beberapa negeri sebelum ini telah menjadi buah mulut dan dilihat lebih mesra rakyat dari mengamalkan pentadbiran “dari Putrajaya saja.”

Faktor Zambry sebagai ADUN Pangkor dan Menteri Besar yang tidak jemu-jemu turun padang khusus di Lumut dan Pangkor semakin menguatkan hujah kemenangan.

Bagi masyarakat Cina khusus di Sitiawan peluang perniagaan jauh mengatasi sentimen politik kerana “akhirnya mereka mahu memperkukuhkan ekonomi serta mahukan Sitiawan (dan Lumut) maju macam Lembah Kinta”.

Pengundi-pengundi Cina (di Sitiawan) nak melihat dan mendengar amanat Najib dalam kontek rancangan transformasi ekonomi dan tempias yang bakal mereka nikmati.

Sitiawan sebelum ini merupakan kubu MCA tapi dalam PRU ke11 lalu, kubu itu mengalami perubahan mendadak apabila wakil Dap, Datuk Ngeh Kho Ham diberikan mandat baru.

Penduduk Sitiawan majoritinya adalah masyarakat peniaga dari suku kaum Foochow.

Awal 1900 sekumpulan 360 penganut kristian berketurunan Foochow melarikan diri dari negeri China (daerah Fujian) kerana kemiskinan. Dua orang paderi mengetuai migrasi ini dan mereka memilih menetap di Kampng Koh, Sitiawan.

Dan bagi sesiapa yang terlupa sejarah, bekas pemimpin PKM, Chin Peng lahir di Sitiawan pada tahun 1924.

Sitiawan juga dikatakan mengambil nama sempena kesetiaan dua ekor gajah yang mati ketika salah seekor cuba menyelamatkan seekor lagi yang terperangkap dalam lumpur di Sungai Dinding. Ketika itu gajah digunakan sebagai pengangkutan membawa bijeh timah.

Peristiwa itu berlaku di Kampung Sungai Gajah Mati ketika air surut dan gajah yang terperangkap cuba diselamatkan orang-orang kampung namun gagal. Melihat ‘rakan’nya ‘terperangkap dalam lumpur’, seekor lagi memaut rakannya—akibatnya kedua-dua tenggelam dan mati dalam lumpur.

Bagi masyarakat tempatan khusus masyarakat Cina, kesetiaan atau setiakawan dua ekor gajah diterjemahkan dengan menamakan pekan itu Sitiawan.

Pada PRU ke11, Koo Ham mengalahkan calon BN dengan kelebihan 5,137 undi. Pada PRU ke12 pula, Pengerusi DAP Perak itu sekali lagi mengulangi kemenangan dengan mengalahkan Ding Siew Chee (MCA) dengan majoriti meningkat kepada 8,529 undi. Pengundi terdiri dari 80 peratus pengundi Cina berbanding 9 peratus Melayu.

Bagi pengundi keseluruhan parlimen Lumut, pengundi Melayu pula berjumlah 49 peratus, Cina 39 peratus dan baki, 12 peratus, pengundi India.

Cho Ha yang juga Menteri Pengangkutan menang di parlimen Lumut menentang calon PKR, Suwardi Sapuan dengan undi majoriti 298 undi.

Dalam pilihanraya sebelumnya Cho Ha memperoleh 11,614 undi majoriti.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang juga Ketua UMNO bahagian Lumut menang di Pangkor, yang mempunyai penduduk ramai Melayu, dengan undi majoriti 5,785, mengalahkan Pakhrazi Musa (PKR).

Zambry muncul sebagai ADUN BN yang peroleh undi majoriti tertinggi dalam PRU ke12 di tengah-tengah tsunami politik.

Dan peluang BN untuk mengukuhkan kedudukan di Lumut ekoran DUN Sungai Panjang (kini dipegang Nizar Jamaluddin ) dipulangkan kepada UMNO. Dalam PRU ke12, DUN ini ditandingi wakil MIC. YB Nizar dikatakan akan berpindah ke kawasan lain dalam PRU ke13.

Sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Sitiawan mampu membawa angin perubahan khususnya dikalangan masyarakat Cina untuk menyokong MCA.

Sultan Perak Sultan Azlan serta kerabat diraja dijangka berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggarkan 50,000 pengunjung bakal memeriahkan majlis berkenaan yang bermula jam 8.00 malam.


Perjuangan Negara Kebajikan Pas Ganti Negara Islam Adalah Sia-sia – Dr Hassan

Mari kita sama-sama baca, apa kenyataan Dr Hassan Ali tentang PAS. Dan sama-sama kita fikirkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini bertegas bahawa Pas perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan tidak perlu tunduk kepada desakan DAP.

Beliau berkata perubahan prinsip perjuangan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam bermula sejak ia menyertai pakatan pembangkang bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam adalah sesuatu yang “hampir tidak boleh dirundingi” dan tidak harus dilupakan semata-mata mahu meneruskan kerjasama dengan DAP.

“Kalau kita lihat yang menjadi “stumbling block” (penghalang) adalah pemimpin tertinggi DAP. Pengerusi (DAP Karpal Singh) kata langkah mayat dia dulu…nampaknya seperti pintu dah tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia masih hidup,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Hasan berkata seluruh peringkat kepimpinan Pas bertanggungjawab untuk menyorot semula hasrat penubuhan negara Islam dan meletakkannya kembali sebagai wadah perjuangan utama parti.

Sambil menyifatkan rancangan penubuhan negara berkebajikan sebagai suatu yang sia-sia, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, perjuangan asal Pas sudah rapuh ekoran parti itu mula dikuasai golongan bukan ulama.

“Untuk meletakkan asas negara Islam, kita perlukan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden ini. Saya yakin satu masa dahulu ulama Pas telah berjaya meletakkan inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat moden.

“(Tetapi), pada pengamatan saya, golongan bukan ulama ini lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya,” katanya.

Malah, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia itu berkata, prinsip perjuangannya dalam memartabatkan Islam dan Melayu serta menobatkan Institusi Raja turut mendapat sokongan daripada penyokong akar umbi parti tersebut dan sebahagian besar rakyat negara ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata seandainya Islam-Melayu bersatu dan Institusi Raja dinobatkan, maka akan terbuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk penyatuan umat di negara ini tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Psd mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” katanya.

Hasan seterusnya menempelak sikap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustapa Ali dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menurutnya mencemarkan imej parti itu berdasarkan komen-komen bersifat peribadi yang mereka lontarkan terhadapnya.

Mustapa sebelum ini mengatakan bahawa Hasan telah terjerat dalam perangkap UMNO untuk melemahkan Pas, akibat pandangannya mengenai Islam, Melayu dan Institusi Raja, malah Mahfuz pula secara sinis mempersilakan Hasan menyertai UMNO.

Sementara Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menggesa Hasan untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti itu.

Beliau berkata Hasan sebenarnya mencemarkan imejnya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan kepada media yang jelas bertentangan dengan pendirian parti.

Pas Atau Hasan Ali Tipu Tuhan?


Sehingga hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.

Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.

Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.

Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.

Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.

Hasanlah satu-satunya pemimpin Pas yang begitu konsisten memerangi isu-isu yang menggugat Islam dan kesuciannya. Malahan Hasan menerima hukum pecat adalah disebabkan isu yang berkaitan murtad dan pembenterasan gejala maksiat di Selangor.

Usaha melabel Hasan sebagai agen UMNO juga kelihatan gagal sama sekali. Jika Pas berjaya menanam imej ini pada dahi Hasan Ali sudah pasti Pas dan pakatan akan berasa lega yang teramat. Mudahlah kerja-kerja untuk mempertahankan sokongan ahli Pas terhadap parti.

Amat malang bagi Pas kerana pendekatan mencemar nama Hasan Ali melalui label sebagai agen UMNO tidak dapat meyakinkan penyokong Pas yang jujur kepada perjuangan Islam.

Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.

Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.

Imej dan istiqomah Hasan terhadap perjuangan dan prinsip-prinsip Islam jelas lebih terserlah berbanding dengan keseluruhan pimpinan tertinggi Pas.

Pemisahan dan penapisan terhadap keikhlasan berpegang kepada prinsip dan perjuangan Islam yang selama ini dicanang oleh Pas telah dan sedang berlaku dengan ketara di dalam Pas ketika ini.

Tidak mungkin minyak dan air boleh bercampur. Begitu juga di antara perjuangan yang hak dan bathil atau di antara perjuangan para mukhlisin dan munafikin.

Jangan kamu sangka kamu sudah beriman selagi ia belum diuji. Itu kata Allah. Pejuang yang mengatakan membawa perjuangan suci itu tidak semudah mendapat cop “diluluskan” seperti mana SIRIM memberi pengiktirafan kepada sesuatu produk yang memenuhi piawaian tertentu.

Nasib setandan pisang, bukan semuanya baik. Ada juga yang rosak sebiji dua dan selebihnya baik. Ada juga yang baik sebiji dua dan selebihnya rosak semua.

Jika dibuat penilaian secara rasional, apakah keberanian Hasan Ali menentang usaha pemurtadan yang sedang giat dilakukan dan berleluasanya kedai arak dan rumah urut itu mahu dilabel sebagai pisang busuk?

Apakah pendekatan lunak pimpinan Pas terhadap segala perkara yang membawa kepada keruntuhan agama itu mahu dilabel sebagai pisang yang baik?

Atau apakah Pas hanya berpuas hati cukup sekadar menanam pokok pisang dan membiarkan saja pisang itu membusuk lembik kerana memikirkan jika busuk pun boleh juga dibuat jemput pisang?

Penulis pasti, jika penilaian ini dibuat tanpa mengira kepentingan politik dan kuasa, semua kita dapat jawaban yang benar dan hak dari Allah.

Hanya mereka-mereka yang cuba menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang tidak lepas dari sifat lalai dan keliru saja yang akan terus berusaha menafikan hakikat kebenaran yang datang dan terus-terusan berusaha agar takdir dapat diubah sesuai dengan selera dan kehendak mereka.

Mana kita pernah termimpi bahawa Pas boleh berkompromi dan bersikap lunak dengan gejala murtad?

Mana pernah kita terbayang Pas akan tutup sebelah mata saja bila melihat pusat maksiat, arak dan judi berkembang pesat?

Tidak pernah termimpi Pas boleh diam membisu dengan berkembang majunya budaya LBGT yang telah menyebabkan bumi diterbalikkan di zaman Nabi Lut?

Suatu ketika dulu, program pertandingan musabaqah al quran pun ditentang keras oleh Pas keran ia dikatakan bertentangan dengan maksud pembacaan al quran yang sebenar.

Tapi mungkin disebabkan berkat bersahabat dengan DAP dan berkat mengagung-agungkan makhluk melebihi keagungan Allah, walaupun jelas terbentang makhluk itu telah dilihat tubuhnya oleh seantero dunia dalam keadaan tanpa seurat benang, maka Allah yang maha kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk menterbalikkan hati-hati para pemimpin Pas dari mengakui hakikat yang hak sehingga segala yang jelas bathil pun telah dikompromi menjadi sesuatu yang hak.

Apakah Pas itu Parti Islam Se Malaysia atau Parti Agama Se(1) Malaysia?

Friday 25 February 2011

PENUBUHAN BELIA

Pada hari ini, Pulau Tiga Kanan telah mempunyai sebuah pertubuhan belia yang diberi nama BELIA TENAGA SEPAKAT. Mesyuarat agong kali pertama telah diadakan dan sebuah jawatankuasa telah dilantik yang diketuai oleh Saudara Hamizi B. Mohd Yunus a.k.a GABAK. Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini, maka akan lebih meyakinkan kaum muda selain dari pertubuhan politik dan JKKK.

TAHNIAH buat semua yang menyokong penubuhan persatuan BELIA TENAGA SEPAKAT,

Saturday 13 February 2010

YAB DATO' SERI DR ZAMBRY SAH SEBAGAI MB PERAK

9hb Februari yang lalu, seluruh rakyat Malaysia termasuk dunia memberi tumpuan khusus terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur yang bakal menamatkan krisis yang melanda Negeri Perak. Kemelut kepimpinan yang sekian yang hampir setahun melanda negeri ini akhirnya terjawab apabila keputusan 5 Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa YAB Dato' Seri Dr Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Semua rakyat bersyukur kerana krisis ini telah selesai.

Diharapkan selepas ini, pihak Pakatan Rakyat dapat bekerjasama membantu YAB Dato' Seri Zambry membangunkan Perak. Mereka harus menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Tumpukan pada soal kemajuan serta pembangunan Perak tercinta. Bukan mempolitikkan pelbagai isu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Rakyat semakin muak dengan isu2 yang menghalang pembangunan. Semua kita maklum bahawa dunia pada hari ini belum keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda. Tunggu sahaja pilihanraya umum yang akan datang jika mereka merasakan masih tidak berpuashati..