PENGARANG

Jika ada sebarang maklumat yang ingin disalurkan emailkan ke pasirsalakcrew@gmail.com

HALAMAN

sLide

Saturday, 13 February 2010

YAB DATO' SERI DR ZAMBRY SAH SEBAGAI MB PERAK

9hb Februari yang lalu, seluruh rakyat Malaysia termasuk dunia memberi tumpuan khusus terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur yang bakal menamatkan krisis yang melanda Negeri Perak. Kemelut kepimpinan yang sekian yang hampir setahun melanda negeri ini akhirnya terjawab apabila keputusan 5 Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa YAB Dato' Seri Dr Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Semua rakyat bersyukur kerana krisis ini telah selesai.

Diharapkan selepas ini, pihak Pakatan Rakyat dapat bekerjasama membantu YAB Dato' Seri Zambry membangunkan Perak. Mereka harus menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Tumpukan pada soal kemajuan serta pembangunan Perak tercinta. Bukan mempolitikkan pelbagai isu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Rakyat semakin muak dengan isu2 yang menghalang pembangunan. Semua kita maklum bahawa dunia pada hari ini belum keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda. Tunggu sahaja pilihanraya umum yang akan datang jika mereka merasakan masih tidak berpuashati..

Thursday, 11 February 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKRC 2010





11hb FEBRUARY 2010.. Sekolah Kebangsaan Raja Chulan Pulau Tiga telah mengadakan temasya sukan tahunan pada pagi Khamis yang lalu.. Biarpun sambutan kali ini tidak seperti tahun-tahun lepas namun semua pihak tetap sama-sama meraikan temasya ini dengan semangat kesukanan & kerjasama yang tinggi.

Tahun ini SKRC telah mewujudkan kelas PRASEKOLAH. Murid2 yang mengikuti kelas Pra tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam beberapa acara khusus untuk mereka. Pihak sekolah juga membuka beberapa acara untuk belia & beliawanis, kaum ibu dan bapa.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahgia Penghulu Mukim Pulau Tiga iaitu Encik Saedon Bin Baharu. Memang meriah gak ler.. Cuma acara Tarik Tali tak ada untuk temasya kali ni.. Kalau tak pasti dimenangi oleh peserta-peserta Giat Mara. Apa pun, PIBG melalui Encik Azarin B. Jamain selaku YDP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan Temasya Sukan Tahunan SKRC 2010.

Thursday, 28 January 2010

KOMPLEKS PENGHULU MUKIM PULAU TIGA


Kompleks Penghulu yang baru ini dapat dilihat apabila anda melalui batu 21 Jalan Kampung Gajah-Bota. Bangunan yang tersergam indah ini dibina di atas tapak Rumah Penghulu Lama di Kampung Teluk Saga, Pulau Tiga.. Memang cantik.. Bangunan ini akan mula beroperasi pada bulan Mac ini. Ianya menjadi kemegahan penduduk Kampung Telok Saga. Pejabat penghulu yang lama akan di jadikan perpustakaan dan pejabat pentadbiran JKKK Kampung Toh Paduka Raja/Teluk Saga.

PROGRAM GOTONG ROYONG ANJURAN JKKK KAMPUNG TOH PADUKA RAJA/TELUK SAGA


Program gotong royong yang dirancang pada Mesyuarat JKKK Kali Pertama bagi Tahun 2010 akhirnya direalisasi kan pada 23hb Januari. Antara lokasi yang dirasakan perlu dibersihkan adalah kawasan MAKAM SULTAN MAHMUD SHAH ( Sultan Perak ke 8 yang mangkat pada 1630. Almarhum juga dikenali sebagai "MARHUM PULAU TIGA".

Lokasi kedua adalam Makam Tuan Sheikh Hussin yang merupakan guru agama terkenal di Pulau Tiga suatu ketika dahulu. Ahmad Merbawi yang juga dikenali sebagai 'Tok Perak' di layar perak merupakan pewaris Tuan Sheikh Hussin yang berketurunan Arab.

Lokasi ketiga adalah Klinik Desa Pulau Tiga Kanan. Kebiasaannya JKKK secara sukarela akan mengadakan gotong royong membersihkan persekitaran klinik ini. Operasi gotong royong kawasan klinik agak berbaloi bila Jururawat yang menyelia klinik tersebut menyediakan Minum Pagi yang agak menyelerakan. Bermacam kuih-muih disediakan. Bila dah kenyang mula datang rasa malas.. Haha..

Lokasi terakhir adalah Kawasan Balai Penghulu yang menempatkan Dewan Orang Ramai serta Tabika kEMAS.. Tahun ini agak tahun yang menyedihkan bagi Puan Saripah selaku Guru Kemas kerana SK Raja Chulan telah memulakan kelas PRA SEKOLAH bagi kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Jadi, cuma 2 org kanak-kanak yang mengikuti kelas tabika tersebut.

Jam 12.45 tengahari, gotong royong dihentikan.. Semua kawasan sasaran telah bersih serta kemas.. Moga Gotong Royong ini akan dapat dianjurkan dari masa ke semasa demi keindahan kampung. Kampung yang bersih, akan mengurangkan risiko penyakit berjangkit. Akhirkata, saya selaku S/U JKKK, mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat..

... SALAM ....