9hb Februari yang lalu, seluruh rakyat Malaysia termasuk dunia memberi tumpuan khusus terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur yang bakal menamatkan krisis yang melanda Negeri Perak. Kemelut kepimpinan yang sekian yang hampir setahun melanda negeri ini akhirnya terjawab apabila keputusan 5 Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa YAB Dato' Seri Dr Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Semua rakyat bersyukur kerana krisis ini telah selesai.
Diharapkan selepas ini, pihak Pakatan Rakyat dapat bekerjasama membantu YAB Dato' Seri Zambry membangunkan Perak. Mereka harus menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Tumpukan pada soal kemajuan serta pembangunan Perak tercinta. Bukan mempolitikkan pelbagai isu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Rakyat semakin muak dengan isu2 yang menghalang pembangunan. Semua kita maklum bahawa dunia pada hari ini belum keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda. Tunggu sahaja pilihanraya umum yang akan datang jika mereka merasakan masih tidak berpuashati..
PRK RANTAU - APAKAH PKR MAMPU?
-
PRK RANTAU | Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan
tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN...
6 years ago